Suatu kemudahan bagi membiayai keperluan modal kerja mengikut jenis-jenis pembiayaan yang dibenarkan oleh bank berdasarkan prinsip-prinsip syariah seperti berikut:
Bai’ Al-Innah (Pembiayaan Tunai)
Kaedah pembiayaan ini digunakan bagi membiayai pelanggan yang memerlukan tunai segera bagi urusan perniagaan hariannya.
Bai’ Al-Istina (Pembiayaan Kontrak)
Pembiayaan ini digunakan bagi membiayai pelanggan yang mendapat kontrak untuk menyiapkan sesuatu kerja atau membekalkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Bai’ Al-Murabahah (Pembiayaan Belian/Import)◦
Pembiayaan ini digunakan bagi membiayai keperluan pelanggan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Bai’ Al-Murabahah (Pembiayaan Jualan/Eksport)◦
Pembiayaan ini digunakan bagi membiayai pelanggan yang menjual barang kepada pembeli secara kredit.
Bai’ Al-Salam◦
Kaedah pembiayaan ini digunakan bagi membiayai pelanggan yang memerlukan tunai segera bagi urusan perniagaan hariannya seperti mengusahakan tanaman padi, mengeluarkan barangan perkilangan atau apa-apa barang yang dapat disifatkan secara tepat dari segi bentuk, bilangan, timbangan, jenis, kualiti dan sifat asasi lain yang akan menjadikan harga yang berbeza-beza.
Nilai Kemudahan
Tidak dihadkan tertakluk kepada nilai cagaran yang dikemukakan
Jumlah Pembiayaan
Sehingga 100% daripada nilai muka inbois atau kos barangan
Tempoh Pembiayaan
Minimum 30 hari
Maksimum 360 hari
Kadar Keuntungan
Bergantung kepada kadar keuntungan semasa yang telah ditetapkan Agrobank
Cagaran
Bercagaran penuh
Leave a Reply