Menyediakan pembiayaan mudah kepada pesawah untuk membiayai keperluan harian dan lain-lain kegunaan sendiri seperti berikut:
- Membeli tanah
- Menyewa/memajak tanah sawah
- Meratakan tanah sawah
- Pendidikan anak-anak
- Membaiki rumah dan membeli alatan/perabot rumah
- Membeli jentera pertanian dan kenderaan/motorsikal
- Lain-lain kegunaan pesawah dan keluarga
Kaedah Pembiayaan
Kaedah pembiayaan mengikut syariah
Berasakan konsep Bai Al-Innah
Kelayakan Pemohon
- Warganegara Malaysia
- Pesawah yang berdaftar dengan BERNAS (Padiberas Nasional Berhad) atau lain-lain agensi berkaitan yang diakui secara sah oleh kerajaan
- Umur 18 tahun ke atas sehingga genap 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan
- Individu yang mengusahakan sawah padi dalam kawasan penanaman dua kali setahun sahaja dan mendapat subsidi padi yang disalurkan melalui Agrobank
- Pembiayaan secara berasingan kepada suami,isteri dan anak yang menerima bayaran subsidi padi
- Tiada halangan undang-undang
Jumlah Pembiayaan
Had maksima pembiayaan ialah jumlah aggregate RM50,000.00 atas Paddy-i dan Paddy Cash-i
Jumlah minima ialah RM3,000.00
Kadar Keuntungan
3.10% + BFR
Tempoh Pembiayaan
Tempoh maksimum adalah 7 tahun atau 14 musim
Bayaran Balik Pembiayaan
Hendaklah dibuat setiap 6 bulan dari tarikh pertama pengeluaran wang pembiayaan
Cagaran/Jaminan
Dikecualikan daripada sebarang cagaran/jaminan
Leave a Reply